I'm MAAHADIANS.
Anda boleh menukar mood anda yang gembira kepada sedih dan sebak sekarang. Kerana masih banyak persoalan yg diajukan kepada pelajar Maahad. Entry ini tidak ingin memuji bahkan membangga sama sekali. Juga tidak untuk mengeji atau mengutuk. Entry ini hanya sekadar jawapan kepada soalan-soalan yang sudah malas saya nak dengar.
Masih ramai yang diluar sana belum memasuki kawasan Maahad. Ada yang datang, memuji kesejukan kenikmatan keindahan apabila memasuki sekolah kami. Serba indah.
Tapi jangan sangka tetap ada yang apabila masuk sekolah kami, ada yang cakap. " Alahai, sama dengan sekolah lain jer. "
Masing-masing bebas bersuara dengan pendapat masing-masing. Kami pelajar Maahad tidak ada hak sama sekali ingin menyekat lagi menghalang suara-suara kalian. Yang baik kami ambil yang tak berapa nak baik kami buang. Buang yang keruh ambil yang jernih.
Mulut manusia tidak pernah kita akan dapat tutup bahkan kunci dengan mangga sekemas-kemasnya. Tak-a-kan. Maka, terima lah apa sahaja pendapat yang ingin dikatakan. Sakit atau pahit kenyataannya, biar lah Allah yang menutupi segala rasa dan perasaan itu.
" Budak Maahad gelak tak ingat dunia, jaga lah imej. "
" Budak Maahad semua ganas-ganas. tak padan dengan pemakaian. "
" Budak Maahad semua ganas-ganas. tak padan dengan pemakaian. "
" Budak Maahad suka sangat angkat geng. "
Budak Maahad bla...bla...bla... dan banyak lagi perkara budak Maahad buat yang diungkap.
Kenapa kita diungkap? Kenapa kita diperkatakan begitu? Maksudnya, mereka sedang melihat kita. Kita sebagai sekolah agama menjadi perhatian,contoh, ikon yang akan dicontohi.
Ya. Kita diperhati. Oleh Allah dan semua orang sekeliling. Berbanggalah jangan merungut kerana kita dapat mengelak dari melakukan perkara-perkara yang tidak elok. Ada hikmah kan?
Memang benar. Ada yang kata dan saya sendiri kata. Pedulikan apa yang dikata. Kita tahu apa kita buat. Selagi tak salah. Kenapa nak risau?
Tapi, apabila kita hidup di khalayak ramai, hidup bermasyarakatan. kita harus mengambil berat mengenai aspek ini. Kita haruslah menjaga thiqah kita terhadap masyarakat. Kita harus telan semua pahit atau manis kenyataan yg dilontar dan hendaklah terima dengan hati yang pasrah bukan melenting ingin menegakkan kebenaran.
Kebenaran? Iya. kita budak Maahad akan terus ingin menegakkan kebenaran jika kita di'torture', diherdik, difitnah, ataupun ditegur.
Contoh keadaan yang sering diungkit. :
1. Budak lelaki Maahad bersalam, berpeluk ketika berjumpa dan berpisah dikatakan ERRR..
2. Budak perempuan Maahad bersalam, berpeluk, berlaga pipi kata ERRR. Tak pun, akan
kata "Erghh. Gedik nak peluk-peluk semua. Macam dia sorang ada kawan."
Macam-macam orang katakan? Adakah anda boleh terangkan kepada mereka kebenaran yg terpahat disebalik pelukan itu? Adakah mudah untuk memahamkan mereka yang berkata begitu. Jawapannya, adalah amat susah untuk menyakinkannya tentang ukhwah pelajar maahad.
Bak kata mereka 'gelak tak ingat dunia, borak tak ingat orang. '
Hiperbola? Metafora? atau Personifikasi? Tak tahu.
Mereka hanya melihat dan mendengar. Tidak bersama sehingga akhir. Kami gelak pun, time azan kami berhenti. Kami gelak pun, time ustaz lalu kami berhenti. Kami berborak pun time makcik lalu, kami tegur. Kami berborak pun, time ada bukan mahram lalu kami senyap.
Adakah kamu semua tahu akan hal itu? Bukan riak lagi takabbur. Itulah kenyataan yg harus diungkap bagi yang belum pernah mengetahuinya. Dan kepada Maahadians, bersabarlah akan tomahan yang diberi.
Mungkin tak akan ada yang memahami bagaimana ukhwah di Maahad yg abadan-abadan until Jannah. Kami ditamrin dan ditarbiah.
Walaubagaimanapun, mungkin salah kami. Kami ganas-ganas tiada ciri-ciri perempuan solehah. Bercakap antara kami ikut sedap mulut, bahasa yang digunakan tiada sedikit pun keayuan. Lantang berbicara di laman sosial antara kami. Tiada lansung ciri-ciri Islamik. Ciri-ciri insan bergelar sekolah arab. Iya. Salah kami. Tak pandai nak jaga adab bercakap dengan kawan-kawan sampai ada yang cakap 'ukhwah gedik' . Iya, salah kami.
Tapi, alhamdulillah kami masih lagi boleh mengawal bicara kami dengan orang tua. Kami masih lagi menjaga adab dengan guru-guru kami.
Jika dengan masalah itu, mahu mengukur sejauh mana kesopanan pelajar Maahad. Anda tidak berjaya mengukurnya. Jika dengan masalah ini mahu menilai pelajar Maahad. Anda masih belum mampu menilainya.
Maka, ini lah Maahadians. Serba kekurangan tak pernah sempurna. Alhamdulillah, kami di Maahad tetap mencari kesempurnaan.
No comments:
Post a Comment