Assalamualaikum ya akhowat. Sudah lama tidak menjenguk.*password lupa maa*
dan Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan jari jemari saya untuk terus bekerja pada waktu sebegini. Alhamdulillah, password dapat diingat kembali selepas peperiksaan. Yess. saya baru habis exam pertengahan tahun. Selama 3 minggu mengerah otak untuk mengingat kembali apa yang diajar, apa yang dihafal dan akhirnya sebanyak 23 subjek saya sudah berjaya untuk mengisi ruang-ruang kosong yang diberi. Sekali lagi Alhamdulillah.
Dan satu perkara lagi yang boleh saya katakan saya begitu bersyukur, Allah masih menjaga saya hingga ke hari ini. Alhamdulillah.
Bicara tentang MENJAGA, memang tak lari dari kehidupan muslimah. Dari aurat , pergaulan ,dan semua aspek yang lain dititik beratkan bagi menjaga mutiara berlian dunia. Kita bakal bidadari syurga mestilah harus dan wajib dijaga.
Saya pernah tertanya kenapa saya jarang mengangkat telefon apabila nombor tidak dikenali atau nombor bukan mahram saya. Ada sahaja halangan untuk menjawab panggilan mereka.
Tangan kotor lah, dalam bilik air lah,tengah makan lah. Last-last umi yang angkat ataupun kawan yang tolong jawab.
Apabila difikirkan balik. Allah, baru kutahui. Allah sedang menjaga aku.
“Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dan berbicara sehingga bangkit nafsu orang yg ada penyakit dalam hatinya” (al-ahzab:32).
Dan sesungguhnya memang benar. Aku akan melembutkan suaraku, akan mengayukan suaraku, apabila nombor yang tak dikenali tertera di telefon atau jelas nama bukan mahram terpampang di screen telefon. Iman dan nafsu akan bermain push and pull, akan bergolak dan berbalik.
Allah berfirman : “Dan janganlah mereka menyentakkan kakinya ke tanah agar supaya diketahui apa yg mereka sembunyikan dari perhiasan mereka” (an-Nur:31).
Sedangkan Allah melarang suara gelang kaki dibunyikan, inikan pula suara perempuan yang dilunak-lunakkan. Allah.
Abu Bakar al-Jashash berkata : “ayat di atas menunjukkan bahawa wanita dilarang mengeraskan suara yg sekiranya didengar orang lain. sebab suaranya itu lebih membangkitkan fitnah daripada bunyi gelang kakinya.
Alhamdulillah ya Allah... Alhamdulillah. Engkau masih lagi menjaga suara lunak ku hanya untuk yang halal kelak. Hanya untuk Suami aku. ewahh. Macam sedap je bunyi.
Walau bagaimana pun, mazhab syafie dan lain-lain berpendapat bahawa : suara perempuan bukan aurat. Sebab perempuan boleh berjual beli dan memberi keterangan sebagai saksi di hadapan hakim.
Al-Alusi berkata : “yang tersebut di dalam kitab-kitab fiqh syafie, dimana aku sendiri cenderung kepada pendapat ini (suara bkn aurat) kecuali kalau dikhuatiri timbulnya fitnah”. (ruh al-ma’ani 18/146).
Melihat zahirnya pendapat kedua ini bahawa : apabila tidak menimbulkan fitnah maka suara perempuan bukanlah aurat. Sebab isteri-isteri Nabi saw ada yang meriwayat hadith dan mereka juga bercakap2 dengan lelaki sedangkan diantara mereka itu terdapat lelaki yg bukan mahramnya.
Ibnu Kasir berpendapat : perempuan dilarang melakukan tindakan apa saja yg dapat mempengaruhi dan membangkitkan syahwat lelaki dan oleh kerana itu perempuan dilarang memakai wangi-wangian ketika keluar rumah, dalam hal ini nabi bersabda : “setiap pandangan mata adalah zina dan perempuan apabila memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melalui majlis (lelaki) maka ia demikian dan demikian (berzina)”.
Syeikh As-Shobuni berpendapat : sebaiknya kaum lelaki mencegah perempuan-perempuan dari melakukan perkara yg membangkitkan fitnah dan tipu daya seperti memakai pakaian sempit, meninggikan suara, dan memakai wangi-wangian.
Maka, duhai muslimah diluar sana termasuk ana sendiri. Bersyukurlah jika anda masih belum melunak kan suara anda. Jangan persoalkan lagi. Sesungguhnya suami anda kelak begitu beruntung. Ewahh.
No comments:
Post a Comment