--> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
~ فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ ~

Tuesday, 30 July 2013

Cinta itu Fitrah

Assalamualaikum buat sahabat bernama Hamba Allah. Makhluk Allah!
Ciptaan Allah belako ni deh? Haaa. Alhamdulillah. Semua masih sedar akan hakikat ini.

Hmmmmmm. Tarik nafas panjang.

Ada insan ni ketuk inbox aina.

"Kau tak pernah update pasal cinta. Kau kena aina. Sekarang ramai yang couple. Kau update lah pasal Couple Lepas Nikah ke. "

eeeeee. Apa kah itu? pun ada youuu. Macam-macam.

First of all. Bukan tak nak update benda cam tuh. Cuma, rasa tak layak untuk update pasal cinta.

Kau nak suruh aku update macam mana?

Jangan bercinta. Membawa padah. Gituhh?

Aku sendiri ada crush. Bercinta dalam diam. Haa. Bocor rahsia. HAHA
Tipu lah kalau sesorang tak pernah terbit perasaan suka, cinta semua ni.

Allah cipta perasaan nih. Fitrah. Tambah-tambah bagi remaja.

Saidina Ali pun menaruh perasaan cinta dan sayang kepada Saidatina Fatimah. Tak salah.

Tak pernah salah.

Yang salah kalau kita tak jaga adab-adab kita.

Cukup sekadar dalam hati.
Cukup luahkan pada yang Esa.

Cukup hanya itu.

Kalau bercinta memang kena pegang-pegang?
Kena buat semua yang orang bercouple buat sekarang?
Mesej-mesej? Jumpa-jumpa?

Itu yang salah. Cinta yang suci dikotorkan oleh benda macam ni.
Dikotorkan oleh nafsu semata-mata.

Kalau cinta berlandaskan Allah. Diberkati Allah.
Dan kalau memang jodoh. Tak kemana adik kakak.

Saidina Ali? Still dengan Fatimah, right?
Ada dia couple macam sekarang.
Pergghhh. Memang tak ah.

Maka dengan ini. Sekali lagi jangan terlalu jumud dengan cinta.
Dengar perkataan cinta...

Haaaaaa. Dia tuh bercinta.!

Cinta banyak tahap awak. Ada yang salah tapi ada yang tak salah.
Sama jugak dalam ikhtilat.

Wallahua'lam.



Tak salah nak jiwang macam ni. 
Serius. Tak Salah.
Just you and Allah.
So?
Why not. Luah je lah.
Aku suka dia, ya Allah. 

Ulang suara. Tak Salah luah kat Allah. 



...wallallahua'lam...

Posted by .:: aieyna ::. at 08:10
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: # Cinta itu Fitrah

Monday, 1 July 2013

Cinta Enta Enti... Hakkpuihh.

“Akh X, ana dah berubah untuk enta ni, enta tak suka ke?”

“Ukht Y, ana dah ikut nasihat enti solat jemaah dekat masjid ni, kenapa enti tak layan ana pun?”

“Akh X, ana dah bakar semua tudung-tudung sengkat ana, beli tudung akel pakai labuh-labuh, enta tak nak terima ana lagi ke?”

“Ukht Y, ana ajak enti pergi McDonald bukan nak buat apa pun, jum la kita pergi taddabur Quran sama-sama”

“Akh X, ana ajak enta pergi riadah sama-sama, jadi Individu Muslim yang sihat tubuh badan, tuntutan tarbiyah tu, kenapa enta enggan je?”

Akhhhhhh X…..
Ukhtttttttt Y……

Seiring dan sejalan,
lalalalalala

-------------------------




 “Akh X, bukankah Allah jadikan kita laki dan perempuan untuk berkenal-kenalan, berta’aruf, kenapa enta tak nak kenal-kenal dengan ana? Kenapa? Kenapa?

“Ukht Y, kenapa enti tak suka ana? Boleh jadi apa yang kamu suka itu tidak baik bagimu dan apa yang kamu tidak suka itu baik bagi kamu, bukankah Allah dah berfirman macam tu ? kenapa? Kenapa?”



-----------------------


Muntah.

Muntah lagi.


Ukhti,

Benar, dalam firman tadi Allah bagitahu;


"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal….


Tapi enti tak baca habis, sering baca tak habis. Sebab tu la ana nak nasehatkan enti, jangan wakaf baca Quran ikut suka hati saje. Ni la akibatnya enti. Allah sambung selepas tu,


Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang PALING BERTAQWA.

Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti"

(Al-Hujurat: 13)

Untuk apa Allah seru kita berkenal kenalan? Untuk bertakwa ukhti. Tapi benarkah kita benar-benar mengejar ketakwaan? Atau kita berlari-lari di atas padang nafsu berumputkan jahiliyah? Seiring dan sejalan? Kita riadah ke, lompat bintang ke, lompat gitar ke, lompat belimbing bersama-sama ke, betulkah niat kita untuk membentuk Qawiul Jismi (Sihat tubuh badan) atau kita mencari cari kesempatan dan ‘rezeki’ untuk mencuci mata?

Kita keluar bersama-sama, belajar bersama-sama, taddabur sama-sama, wah, indah. Tapi ukhti, Islam tidak akan berdiri atas asas jahiliyah. Cara kita tu, tak kena.

Berkenalan, bertakwa, macam mana tu?

Bila kita berkenal-kenal dengan orang yang berilmu, kita sedikit sebanyak dapat cedok ilmu mereka. Di situ, lahir iman kemudian takwa.

Bila kita kenal-kenal dengan orang yang jahil, tidak berilmu, kita belajar sesuatu daripada mereka, yakni jangan jadi jahil. Kemudin kita termotivasi untuk perbaiki diri, tuntut ilmu dan beramal dengan ilmu kita, di situ akan lahir takwa.

Bila kita jumpa pelbagai jenis orang, semua tak sama. Warna kulit lain, bahasa percakapan lain, rambut kaler lain, susunan gigi lain, lokasi tahi lalat lain, saiz ibu jari lain-lain, ketebalan bulu kening lain, kita sedar akan kekuasaan Allah, kehebatan Allah mencipta sebagai Khalik. Di situ, iman kita meningkat, kemudian lahir takwa.

Macam tu.


Akhi,

Betul, Allah ada berfirman;

Diwajibkan ke atas kamu berperang padahal itu tidak menyenangkan bagi kamu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ianya baik bagi kamu

boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui

(Al-Baqarah :216)

Tapi akhi, enta pun tak tahu apakah keinginan enta tu baik. Apakah perhubungan kita ini baik. Kerana Allah sahaja yang tahu. Boleh jadi keinginan itu keinginan semata, shahwat semata.
Sebab tu akhi, Allah suruh kita berperang, perang nafsu kita.

Udah udah la ikhwah akhawat,

Kata da’ie ?
ilaLlah ke ila apa?



...wallallahua'lam...

Posted by .:: aieyna ::. at 04:47
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 24 May 2013

Allah sedang menjaga kita, Muslimah.


Assalamualaikum ya akhowat. Sudah lama tidak menjenguk.*password lupa maa* 
dan Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan jari jemari saya untuk terus bekerja pada waktu sebegini. Alhamdulillah, password dapat diingat kembali selepas peperiksaan.  Yess. saya baru habis exam pertengahan tahun. Selama 3 minggu mengerah otak untuk mengingat kembali apa yang diajar, apa yang dihafal dan akhirnya sebanyak 23 subjek saya sudah berjaya untuk mengisi ruang-ruang kosong yang diberi. Sekali lagi Alhamdulillah.

Dan satu perkara lagi yang boleh saya katakan saya begitu bersyukur, Allah masih menjaga saya hingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Bicara tentang MENJAGA, memang tak lari dari kehidupan muslimah. Dari aurat , pergaulan ,dan semua aspek yang lain dititik beratkan bagi menjaga mutiara berlian dunia. Kita bakal  bidadari syurga mestilah harus dan wajib dijaga.

Saya pernah tertanya kenapa saya jarang mengangkat telefon apabila nombor tidak dikenali atau nombor bukan mahram saya. Ada sahaja halangan untuk menjawab panggilan mereka. 

Tangan kotor lah, dalam bilik air lah,tengah makan lah. Last-last umi yang angkat ataupun kawan yang tolong jawab. 

Apabila difikirkan balik. Allah, baru kutahui. Allah sedang menjaga aku. 

“Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dan berbicara sehingga bangkit nafsu orang yg ada penyakit dalam hatinya” (al-ahzab:32).

Dan sesungguhnya memang benar. Aku akan melembutkan suaraku, akan mengayukan suaraku,  apabila nombor yang tak dikenali tertera di telefon atau jelas nama bukan mahram terpampang di screen telefon. Iman dan nafsu akan bermain push and pull, akan bergolak dan berbalik. 

Allah berfirman : “Dan janganlah mereka menyentakkan kakinya ke tanah agar supaya diketahui apa yg mereka sembunyikan dari perhiasan mereka” (an-Nur:31).

Sedangkan Allah melarang suara gelang kaki dibunyikan, inikan pula suara perempuan yang dilunak-lunakkan. Allah.

Abu Bakar al-Jashash berkata : “ayat di atas menunjukkan bahawa wanita dilarang mengeraskan suara yg sekiranya didengar orang lain. sebab suaranya itu lebih membangkitkan fitnah daripada bunyi gelang kakinya.

Alhamdulillah ya Allah... Alhamdulillah. Engkau masih lagi menjaga suara lunak ku hanya untuk yang halal kelak. Hanya untuk Suami aku. ewahh. Macam sedap je bunyi. 



Walau bagaimana pun, mazhab syafie dan lain-lain berpendapat bahawa : suara perempuan bukan aurat. Sebab perempuan boleh berjual beli dan memberi keterangan sebagai saksi di hadapan hakim.
Al-Alusi berkata : “yang tersebut di dalam kitab-kitab fiqh syafie, dimana aku sendiri cenderung kepada pendapat ini (suara bkn aurat) kecuali kalau dikhuatiri timbulnya fitnah”. (ruh al-ma’ani 18/146).
Melihat zahirnya pendapat kedua ini bahawa : apabila tidak menimbulkan fitnah maka suara perempuan bukanlah aurat. Sebab isteri-isteri Nabi saw ada yang meriwayat hadith dan mereka juga bercakap2 dengan lelaki sedangkan diantara mereka itu terdapat lelaki yg bukan mahramnya.


Ibnu Kasir berpendapat : perempuan dilarang melakukan tindakan apa saja yg dapat mempengaruhi dan membangkitkan syahwat lelaki dan oleh kerana itu perempuan dilarang memakai wangi-wangian ketika keluar rumah, dalam hal ini nabi bersabda : “setiap pandangan mata adalah zina dan perempuan apabila memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melalui majlis (lelaki) maka ia demikian dan demikian (berzina)”.
Syeikh As-Shobuni berpendapat : sebaiknya kaum lelaki mencegah perempuan-perempuan dari melakukan perkara yg membangkitkan fitnah dan tipu daya seperti memakai pakaian sempit, meninggikan suara, dan memakai wangi-wangian. 

Maka, duhai muslimah diluar sana termasuk ana sendiri. Bersyukurlah jika anda masih belum melunak kan suara anda. Jangan persoalkan lagi. Sesungguhnya suami anda kelak begitu beruntung. Ewahh. 




...wallallahua'lam...

Posted by .:: aieyna ::. at 10:02
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 17 May 2013

Saya Budak Maahad.

Dengan ini, dengan bangga saya mengatakan saya pelajar Maahad Muhammadi Perempuan.
I'm MAAHADIANS. 

Anda boleh menukar mood anda yang gembira kepada sedih dan sebak sekarang. Kerana masih banyak persoalan yg diajukan kepada pelajar Maahad. Entry ini tidak ingin memuji bahkan membangga sama sekali. Juga tidak untuk mengeji atau mengutuk. Entry ini hanya sekadar jawapan kepada soalan-soalan yang sudah malas saya nak dengar. 

Masih ramai yang diluar sana belum memasuki kawasan Maahad. Ada yang datang, memuji kesejukan kenikmatan keindahan apabila memasuki sekolah kami. Serba indah. 

Tapi jangan sangka tetap ada yang apabila masuk sekolah kami, ada yang cakap. " Alahai, sama dengan sekolah lain jer. "

Masing-masing bebas bersuara dengan pendapat masing-masing. Kami pelajar Maahad tidak ada hak sama sekali ingin menyekat lagi menghalang suara-suara kalian. Yang baik kami ambil yang tak berapa nak baik kami buang. Buang yang keruh ambil yang jernih. 

Mulut manusia tidak pernah kita akan dapat tutup bahkan kunci dengan mangga sekemas-kemasnya. Tak-a-kan. Maka, terima lah apa sahaja pendapat yang ingin dikatakan. Sakit atau pahit kenyataannya, biar lah Allah yang menutupi segala rasa dan perasaan itu. 


" Budak Maahad gelak tak ingat dunia, jaga lah imej. "
" Budak Maahad semua ganas-ganas. tak padan dengan pemakaian. "
" Budak Maahad suka sangat angkat geng. "

Budak Maahad bla...bla...bla... dan banyak lagi perkara budak Maahad buat yang diungkap. 

Kenapa kita diungkap? Kenapa kita diperkatakan begitu? Maksudnya, mereka sedang melihat kita. Kita sebagai sekolah agama menjadi perhatian,contoh, ikon yang akan dicontohi. 

Ya. Kita diperhati. Oleh Allah dan semua orang sekeliling. Berbanggalah jangan merungut kerana kita dapat mengelak dari melakukan perkara-perkara yang tidak elok. Ada hikmah kan?

Memang benar. Ada yang kata dan saya sendiri kata. Pedulikan apa yang dikata. Kita tahu apa kita buat. Selagi tak salah. Kenapa nak risau?

Tapi, apabila kita hidup di khalayak ramai, hidup bermasyarakatan. kita harus mengambil berat mengenai aspek ini. Kita haruslah menjaga thiqah kita terhadap masyarakat. Kita harus telan semua pahit atau manis kenyataan yg dilontar dan hendaklah terima dengan hati yang pasrah bukan melenting ingin menegakkan kebenaran. 

Kebenaran? Iya. kita budak Maahad akan terus ingin menegakkan kebenaran jika kita di'torture', diherdik, difitnah, ataupun ditegur. 

Contoh keadaan yang sering diungkit. :

1. Budak lelaki Maahad bersalam, berpeluk ketika berjumpa dan berpisah dikatakan ERRR..

2. Budak perempuan Maahad bersalam, berpeluk, berlaga pipi kata ERRR. Tak pun, akan  
    kata "Erghh. Gedik nak peluk-peluk semua. Macam dia sorang ada kawan."

Macam-macam orang katakan? Adakah anda boleh terangkan kepada mereka kebenaran yg terpahat disebalik pelukan itu?  Adakah mudah untuk memahamkan mereka yang berkata begitu. Jawapannya, adalah amat susah untuk menyakinkannya tentang ukhwah pelajar maahad. 

Bak kata mereka 'gelak tak ingat dunia,  borak tak ingat orang. '

Hiperbola? Metafora? atau Personifikasi? Tak tahu. 

Mereka hanya melihat dan mendengar. Tidak bersama sehingga akhir. Kami gelak pun, time azan kami berhenti. Kami gelak pun, time ustaz lalu kami berhenti. Kami berborak pun time makcik lalu, kami tegur. Kami berborak pun, time ada bukan mahram lalu kami senyap. 

Adakah kamu semua tahu akan hal itu? Bukan riak lagi takabbur. Itulah kenyataan yg harus diungkap bagi yang belum pernah mengetahuinya. Dan kepada Maahadians, bersabarlah akan tomahan yang diberi. 


Mungkin tak akan ada yang memahami bagaimana ukhwah di Maahad yg abadan-abadan until Jannah. Kami ditamrin dan ditarbiah. 

Walaubagaimanapun, mungkin salah kami. Kami ganas-ganas tiada ciri-ciri perempuan solehah. Bercakap antara kami ikut sedap mulut, bahasa yang digunakan tiada sedikit pun keayuan. Lantang berbicara di laman sosial antara kami. Tiada lansung ciri-ciri Islamik. Ciri-ciri insan bergelar sekolah arab. Iya. Salah kami. Tak pandai nak jaga adab bercakap dengan kawan-kawan sampai ada yang cakap  'ukhwah gedik' .  Iya, salah kami.

Tapi, alhamdulillah kami masih lagi boleh mengawal bicara kami dengan orang tua. Kami masih lagi menjaga adab dengan guru-guru kami.

Jika dengan masalah itu, mahu mengukur sejauh mana kesopanan pelajar Maahad. Anda tidak berjaya mengukurnya.  Jika dengan masalah ini mahu menilai pelajar Maahad. Anda masih belum mampu menilainya. 


Maka, ini lah Maahadians. Serba kekurangan tak pernah sempurna. Alhamdulillah, kami di Maahad tetap mencari kesempurnaan.









...wallallahua'lam...

Posted by .:: aieyna ::. at 04:56
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 18 April 2013

Sultan Mahmud Haters'pentomin.

Aura glamour, famous 
menyerbu,menyelinap dalam diri.
haishhh. 

pishhh..pishhh...
pikq jauhh

Hari ini boleh dikatakan dalam sejarah.
Aku dan rakan-rakan yg lain 
menjadi begitu FAMOUS sekali di sekolah.

#BHAHAHA
perasan ntah pape.

Aku,Qilah,Mirah,Syiham,Mcyah,Syiqah,Farah,
Tini,Aisyah,Tehah
adalah barisan utama yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan
PENTOMIN sempena Minggu Membaca di MMP anjuran Maktabah MMP.


Rezeki berada di pihak kami,
maka pengadil memutuskan kumpulan kami,
SULTAN MAHMUD HATERs
menjadi Johan dalam pertandingan ini.


Bunyi memang melucukan sebab memang tak layak lansung
tapi itulah hakikat yang harus kami terima setelah seharian bertungkus-lumus
berbincang bersama Cikgu ZE.

Kami telah dinobatkan sebagai juara
maka dengan itu, secara automatiknya
haruslah kami mengerah sekali lagi tenaga dan seluruh keringat untuk persembahan di Thobur.



Maka, hari ini. 18 April 2013.
telah menjadi tarikh yang boleh dikatakan takkan lupa.

2000 lebih pelajar termasuk cikgu gelak sakan bagai nak rak di hadapan kami semua.


Apa yang lucu kami buat,tak tahu.
apa yang lawak sangat pun kami tidak tahu. 
tapi, itulah yang menjadi topik hangat di sekolah 
walhal di Fb and Twitter,


< our senior KNBA >







<juga di ruangan komen pd gmbr yg dipostkan di wall saya >





<status dari kak Pengerusi PBSM. >



and then, salah seorang dari penggemar Twitter. HANAN!









Serius, kenangan.
Thanks kepada semua yang terlibat termasuk geng di belakang tabir.

Nantikan kemunculan kami.
Ada lagi.







...wallallahua'lam...

Posted by .:: aieyna ::. at 00:19
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 4 April 2013

Ciri-Ciri Khusus Islam





Islam memiliki ciri-cirinya tersendiri yang jauh membezakan Islam dengan agama yang lain,

a) Rabbaniyyah (ketuhanan)

‘Rabbaniyyah’ – berasal daripada kalimah ‘Rab’; ALLAH SWT Yang Maha Pentadbir lagi Maha Penentu Islam diturunkan oleh ALLAH SWT. Manusia hanya sebagai pelaksana segala ketentuan yang telah ditetapkan.

Terdapat dua bahagian Rabbani :

Rabbani Dari Sudut Matlamat dan Tujuan.

Matlamat terakhir kehidupan ialah untuk mendapatkan keredhaan ALLAH SWT. Semua skop dalam Islam seperti aqidah, muamalah dan akhlak adalah bertujuan menyiapkan manusia sebagai hamba ALLAH semata-mata.

Rabbani Dari Sudut Manhaj dan Sumber 

Manhaj Islam bersifat Rabbani kerana ia bersumberkan dari al-Quran dan As-Sunnah.

Islam yang diturunkan oleh ALLAH SWT mempunyai pelbagai keistimewaan.

Antaranya ialah 

Islam adalah sempurna dan tiada sebarang kecacatan
Islam amat disanjung dan dihormati oleh penganutnya

b) Syumuliyyah (menyeluruh)

‘Syumuliyyah’ bermaksud Islam agama yang lengkap dan sempurna.
Ruang lingkup Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia dari sekecil-kecil urusan hingga sebesar-besar perkara.
Perbandingan antara kesyumulan undang-undang ALLAH SWT dan undang-undang ciptaan manusia, antaranya: 

Undang-undang ALLAH SWT

Undang-undang Manusia

Mengambil kira unsur akhlak dalam semua aspek kehidupan
Memisahkan antara unsur-unsur akhlak dengan dasar undang-undang.
Memisahkan antara unsur-unsur akhlak dengan dasar undang-undang.
Menjadikan kosep "matlamat tidak menghalalkan cara dalam menentukan sesuatu perkara (undang-undang) contohnya : soal halal dan haram sesuatu perkara
Meletakkan konsep matlamat menghalalkan cara dalam mencapai sesuatu matlamat walaupun jalannya bertentangan dengansyariat Apa yang penting adalah matlamat yang diimpikan berjaya dicapai. 

c) Waqi’iyyah (sejagat)

Iaitu Islam sesuai mengikut suasana dan tempat
Konsep Islam yang universal ini diperkukuh lagi melalui dinamisme yang terdapat dalam syariat Islam. Dengan dinamisme ini, syariat Islam sesuai ditegakkan di mana-mana sahaja. Contohnya dan perbezaan pendapat mengenainya boleh berlaku disebabkan oleh perubahan zaman, tempat, suasana, niat dan adat.perubahan fatwa
Contoh: Islam mewajibkan menutup aurat di semua tempat di muka bumi ini tetapi cara penutupannya mengikut tempat dan suasana umat Islam.

d) Inqilabiyyah (Keruntuhan Jahiliyyah)

Iaitu menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel dengan sebarang unsur jahiliyyah (tidak boleh bergabung dengan sebarang dasar selain Islam).
Seperti dalam sirah Rasulullah SAW, walaupun Baginda pernah ditawarkan oleh Musyrikin untuk menjadi Ketua di Makkah, Baginda menolak kerana Baginda diminta berkompromi dengan Jahiliyah yang diamalkan ketika itu. Sebaliknya Rasulullah SAW di wahyukan untuk berhijrah ke Madinah untuk mendirikan Negara yang berasaskan Syariah yang di wahyukan oleh ALLAH SWT.

e)Thabat dan Murunah (Kekal dan Fleksibel)

iaitu tetap dari segi prinsip dan hukum, manakala iaitu anjal atau fleksibel dari segi pelaksanaan berdasarkan keperluan-keperluan tertentu..Thabat Murunah
Contoh: Sholat adalah wajib dan pelaksanaannya boleh dibuat secara jama’ dan qasar bagi mereka yang bermusafir. Ketika sakit pula, sholat boleh dilakukan secara sambil duduk atau berbaring.

f) Alamiyyah (Universal)

Alamiyyah bermaksud sesuai untuk semua orang dan tempat.
Islam sesuai untuk orang Arab, Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain kerana dakwah untuk semua manusia, tidak kira bangsa, warna kulit dan keturunan..
Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa tertentu sahaja. Ia sesuai di semua tempat sama ada di Kutub Selatan, Khatulistiwa dan sebagainya.
Dengan kata lain ia sesuai di zaman Rasulullah SAW dan juga sesuai di zaman teknologi moden yang serba canggih ini. Ajarannya sesuai hingga hari kiamat.Nilai-nilai Islam bersifat sejagat dan menjamin hak asasi manusia. Islam juga meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara.







...wallallahua'lam...

Posted by .:: aieyna ::. at 08:25
4 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: # Ciri-Ciri Khusus Islam

Tuesday, 19 March 2013

♥ I’m proud to be muslimah ♥


Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.

Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.

Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.

Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana.


♥ I’m proud to be muslimah ♥



...wallallahua'lam...

Posted by .:: aieyna ::. at 02:17
1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ♥ I’m proud to be muslimah ♥
Subscribe to: Posts (Atom)

Owner Of The Blog

Owner Of The Blog

Ask me. Ask me. Ask me.

my life with them~

  • ~my cool dad~
  • ~my sporting mom~

saya tunggu awak!

saya tunggu awak!
1 2 3

kasih AC!

kasih AC!
[1] [2] [3]

#bittersweet*

#bittersweet*
  • #bittersweet1
  • #bittersweet2
  • #bittersweet3
  • #bittersweetINTRO

TazkiRah sikittt....

  • # Bicara Tentang Dajjal
  • # Cinta itu Fitrah
  • # Ciri-Ciri Khusus Islam
  • # Fatimah Az-zahra
  • # Saudah binti Zam'ah
  • # Susah itu SUNNAH
  • # sabar itu indah
  • #Ketika Cinta-NYA Mula Memanggil
  • -awan
  • -buah labu
  • -buah limau
  • -istiqamah
  • ♥ I’m proud to be muslimah ♥

Elegant Rose - Working In Background


Picture Window theme. Powered by Blogger.