--> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
~ فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ ~

Thursday, 4 April 2013

Ciri-Ciri Khusus Islam





Islam memiliki ciri-cirinya tersendiri yang jauh membezakan Islam dengan agama yang lain,

a) Rabbaniyyah (ketuhanan)

‘Rabbaniyyah’ – berasal daripada kalimah ‘Rab’; ALLAH SWT Yang Maha Pentadbir lagi Maha Penentu Islam diturunkan oleh ALLAH SWT. Manusia hanya sebagai pelaksana segala ketentuan yang telah ditetapkan.

Terdapat dua bahagian Rabbani :

Rabbani Dari Sudut Matlamat dan Tujuan.

Matlamat terakhir kehidupan ialah untuk mendapatkan keredhaan ALLAH SWT. Semua skop dalam Islam seperti aqidah, muamalah dan akhlak adalah bertujuan menyiapkan manusia sebagai hamba ALLAH semata-mata.

Rabbani Dari Sudut Manhaj dan Sumber 

Manhaj Islam bersifat Rabbani kerana ia bersumberkan dari al-Quran dan As-Sunnah.

Islam yang diturunkan oleh ALLAH SWT mempunyai pelbagai keistimewaan.

Antaranya ialah 

Islam adalah sempurna dan tiada sebarang kecacatan
Islam amat disanjung dan dihormati oleh penganutnya

b) Syumuliyyah (menyeluruh)

‘Syumuliyyah’ bermaksud Islam agama yang lengkap dan sempurna.
Ruang lingkup Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia dari sekecil-kecil urusan hingga sebesar-besar perkara.
Perbandingan antara kesyumulan undang-undang ALLAH SWT dan undang-undang ciptaan manusia, antaranya: 

Undang-undang ALLAH SWT

Undang-undang Manusia

Mengambil kira unsur akhlak dalam semua aspek kehidupan
Memisahkan antara unsur-unsur akhlak dengan dasar undang-undang.
Memisahkan antara unsur-unsur akhlak dengan dasar undang-undang.
Menjadikan kosep "matlamat tidak menghalalkan cara dalam menentukan sesuatu perkara (undang-undang) contohnya : soal halal dan haram sesuatu perkara
Meletakkan konsep matlamat menghalalkan cara dalam mencapai sesuatu matlamat walaupun jalannya bertentangan dengansyariat Apa yang penting adalah matlamat yang diimpikan berjaya dicapai. 

c) Waqi’iyyah (sejagat)

Iaitu Islam sesuai mengikut suasana dan tempat
Konsep Islam yang universal ini diperkukuh lagi melalui dinamisme yang terdapat dalam syariat Islam. Dengan dinamisme ini, syariat Islam sesuai ditegakkan di mana-mana sahaja. Contohnya dan perbezaan pendapat mengenainya boleh berlaku disebabkan oleh perubahan zaman, tempat, suasana, niat dan adat.perubahan fatwa
Contoh: Islam mewajibkan menutup aurat di semua tempat di muka bumi ini tetapi cara penutupannya mengikut tempat dan suasana umat Islam.

d) Inqilabiyyah (Keruntuhan Jahiliyyah)

Iaitu menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel dengan sebarang unsur jahiliyyah (tidak boleh bergabung dengan sebarang dasar selain Islam).
Seperti dalam sirah Rasulullah SAW, walaupun Baginda pernah ditawarkan oleh Musyrikin untuk menjadi Ketua di Makkah, Baginda menolak kerana Baginda diminta berkompromi dengan Jahiliyah yang diamalkan ketika itu. Sebaliknya Rasulullah SAW di wahyukan untuk berhijrah ke Madinah untuk mendirikan Negara yang berasaskan Syariah yang di wahyukan oleh ALLAH SWT.

e)Thabat dan Murunah (Kekal dan Fleksibel)

iaitu tetap dari segi prinsip dan hukum, manakala iaitu anjal atau fleksibel dari segi pelaksanaan berdasarkan keperluan-keperluan tertentu..Thabat Murunah
Contoh: Sholat adalah wajib dan pelaksanaannya boleh dibuat secara jama’ dan qasar bagi mereka yang bermusafir. Ketika sakit pula, sholat boleh dilakukan secara sambil duduk atau berbaring.

f) Alamiyyah (Universal)

Alamiyyah bermaksud sesuai untuk semua orang dan tempat.
Islam sesuai untuk orang Arab, Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain kerana dakwah untuk semua manusia, tidak kira bangsa, warna kulit dan keturunan..
Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa tertentu sahaja. Ia sesuai di semua tempat sama ada di Kutub Selatan, Khatulistiwa dan sebagainya.
Dengan kata lain ia sesuai di zaman Rasulullah SAW dan juga sesuai di zaman teknologi moden yang serba canggih ini. Ajarannya sesuai hingga hari kiamat.Nilai-nilai Islam bersifat sejagat dan menjamin hak asasi manusia. Islam juga meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara.







...wallallahua'lam...

Posted by .:: aieyna ::. at 08:25
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: # Ciri-Ciri Khusus Islam

4 comments:

  1. Insan Kontemporari6 April 2013 at 01:51

    Alhamdulillah , post yg menarik ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. .:: aieyna ::.18 April 2013 at 08:39

      Alhamdulillah. Syukron. :)

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  2. Unknown29 December 2013 at 01:30

    Terima Kasih banyak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. .:: aieyna ::.28 March 2014 at 00:38

      kasih diterima.

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
Add comment
Load more...

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Owner Of The Blog

Owner Of The Blog

Ask me. Ask me. Ask me.

my life with them~

  • ~my cool dad~
  • ~my sporting mom~

saya tunggu awak!

saya tunggu awak!
1 2 3

kasih AC!

kasih AC!
[1] [2] [3]

#bittersweet*

#bittersweet*
  • #bittersweet1
  • #bittersweet2
  • #bittersweet3
  • #bittersweetINTRO

TazkiRah sikittt....

  • # Bicara Tentang Dajjal
  • # Cinta itu Fitrah
  • # Ciri-Ciri Khusus Islam
  • # Fatimah Az-zahra
  • # Saudah binti Zam'ah
  • # Susah itu SUNNAH
  • # sabar itu indah
  • #Ketika Cinta-NYA Mula Memanggil
  • -awan
  • -buah labu
  • -buah limau
  • -istiqamah
  • ♥ I’m proud to be muslimah ♥

Elegant Rose - Working In Background


Picture Window theme. Powered by Blogger.