--> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
~ فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ ~

Monday, 17 December 2012

Saudah binti Zam'ah-Sekeping hati yang pasrah

Assalamualaikumm... lama tak update blog,kan? tunggu ke? maaf lah. *cehh,bajet ada yang menunggu*

okeh,hari ini aina akan cerita kisah hidup,riwayat semua lah in sha Allah tentang salah seorang srikandi Islam kita. maybe jarang yang tak tahu tentang beliau. aina pun baru tahu jer. hehe  

***

Ingatan pada suami bermain-main di fikirannya. ehermm. Adakala hatinya rasa hiba dan adakala dia bersyukur kepada Allah SWT. Tapi kematian suaminya menyebabkan dia kini keseorangan dan tinggal sebatang kara. Entah kepada siapa dia harus menagih simpati dan mengharapkan pembelaan . boleh faham tak situasi nih? u need dear.

Adalah tidak mungkin dia pulang ke pangkuan keluarganya kerana kaumnya sangat-sangat menentang perjuangan Islam. Dia terpaksa tabah hati dan selalu mengharapkan rahmat dari Allah SWT agar iman yang ada di hati sanubarinya tetap subur dan segar sepanjang musim.

Orangnya sederhana. Walaupun begitu dia menghiaskan dirinya dengan akhlak dan peribadi yang cantik. Sabar,redha dan tawakal menjadi pakaiannya. akat kening. siapakah dia?  Wanita yang dimaksudkan itu ialah Suadah binti Zam'ah bin Abi Syams bin Abi Wudd bin Nashr bin Malik bin Hasl bin Amr bin Luaiy. fuhh. Ibunya bernama As Syumus binti Qais. Dilahirkan di madinatul Munawwarah. Sedangkan ayahnya dari negeri Makkah.

Jadi Saudah keturunan campuran yang berada di dalam satu iklim dan satu semenanjung ,cuma lain daerah dan suasananya.

Saudah agak lambat mendapat jodoh. Tetapi akhirnya dengan takdir Allah SWT,beliau telah menemui jodohnya dengan seorang lelaki bernama As Sakran bin Amir.

As Sakran dan Saudah adalah mereka yang tergolong sebagai As Sabiqun nal Awwalun iaitu di antara orang-orang yang awal memeluk Islam. Malah mereka lebih awal memeluk Islam daripada Sayidina Umar Al Khattab.

Saudah mendapat tentangan hebat dari kaumnya. Beliau dan suaminya diarahkan berpindah ke Habsyah bersama 100 orang kaum Muslimim yang lain bagi mengelakkan gangguan orang-orang Quraisy yang begitu kejam terhadap mereka.

Mereka kembali semula ke Mekah setelah Sayidina Umar dan Sayidina Hamzah Abu Talib memeluk Islam. Namun begitu kaum kafir Quraisy masih tetap memusuhi mereka dan melakukan penganiayaan kepada suami isteri ini.

Manusia tidak dapat lari dari takdir Allah SWT. Saudah hanya menikmati kasih sayang bersama suaminya hanya beberapa tahun sahaja. Suaminya lebih dahulu menyahut panggilan Ilahi setelah jatuh sakit ketika berada di Mekah.

Pemergian suaminya ke hadrat Ilahi ,membuat Saudah menjadi balu.Tiada lagi tempat mengadu dan menggantungkan harapan kecuali kepada Allah semata-mata, hanya kepada Allah dia berserah diri dan bersabar atas musibah yang diterimanya sementara dalam hatinya penuh yakin bahawa segala sesuatu yang ditentukan oleh Allah itu ada mempunyai hikmah yang manusia tidak atau belum mengetahuinya. cehh,ayat.

Rasulullah SAW juga berada di dalam suasana kesedihan pada waktu itu kerana kematian isterinya Sayidatina Khadijah binti Khuwailid adalah isteri yang amat disayangi oleh Rasulullah SAW. Pengorbanan Siti Khadijah pada perjuangan Islam begitu besar, beliau sanggup mengorbankan apa saja demi melihat Islam bangun dengan megahnya. Tapi, Allah lebih sayang padanya dengan mengambilnya terlebih dahulu.

Dalam kesedihan itu, baginda pernah ditanya oleh Khaulah, lebih kurang begini.

" Wahai Rasulullah...! Janganlah engkau berduka selalu, carilah seorang pengganti yang dapat menguruskan rumah tanggamu. Pada saat seperti ini, engkau amat memerlukan pengganti..." ujar Khaulah.

Rasulullah SAW termenung dengan ucapan Khaulah yang budiman. Tapi baginda belum mahu berkata lagi. kalau orang kita sekarang,dia cakap cenggini. "yess,u right babeh, u right." ye dok?
Khaulah menyambung.

"sekiranya engkau inginkan seorang dara, maka Siti Aisyah,puteri sahabatmu Abu Bakar,bersedia menjadi teman hidupmu. Sebaliknya apabila engkau inginkan seorang janda, maka Saudah adalah perempuan yang paling sesuai buatmu..."

Rasulullah SAW masih diam, namun dari pancaran air mukanya terlukis hasrat hatinya yang ingin tahu lebih lanjut perihal Saudah. Khaulah tenang menceritakannya.

"Rasulullah... kini Saudah hidup sebatang kara dan tidak siapa lagi hendak ia mengadu, kecuali imannya kepada Allah saja yang mengisi hatinya," jelas Khaulah bersungguh-sungguh.

Timbul rasa simpati di hati Rasulullah SAw mendengar kan apa yang menimpa diri Saudah. Begitu insan yang bernama Rasulullah SAW. Hatinya mudah terusik apabila diceritakan kepadanya tentang derita yang ditanggung oleh umatnya.

Dalam usia Saudah menjangkau 50-an, Rasulullah SAW telah memperisterikannya. Walaupun Saudah telah tua, namun atas dasar pembelaan yang suci itu, Rasulullah SAW rela menjadikan beliau suri di hati baginda. Perkahwinan Rasulullah SAW itu bukan didorong oleh nafsu melulu, tetapi atas dasar kemanusiaan yang mendalam demi membela nasib seorang janda yang terlantar akibat ditinggalkan oleh suaminya yang gugur di jalan Allah SWT.

Allah SWT telah meninggikan tarafnya dan dipandang mulia oleh masyarakatnya setelah ia menjadi isteri Rasulullah. Begitulah darjat yang diberikan Allah kepada orang yang mengasihiNya.

Perkahwinan baginda dengan Saudah menjadi buah mulut masyarakat Arab,terutama kaum Bani Adi Syams yang ada hubungan darah dengan Saudah. Mereka dulu terlalu memusuhi Saudah kerana mengikuti ajaran Rasulullah SAW, tapi sekarang mereka rasa malu dan hormat pada Saudah. Kerana itu berkuranglah tekanan ke atas kaum Muslimin oleh Bani Adi Syams. Lantaran itu juga berduyun-duyunlah kaum tersebut memeluk Islam. Mengapa kaum yang dulunya memusuhi Rasulullah SAW tiba-tiba sahaja mahu memeluk Islam? Ini adalah kerana pengorbanan Rasulullah SAW yang sanggup mengahwini Saudah,wanita dari kaum mereka yang sudah tua pula.

sedangkan anak dara di kalangan kaumnya masih ramai tetapi mengapa Saudah yang tidak layak diperisterikan itu dikahwini? Sikap Rasulullah itu jelas menunjukkan kejujuran sebagai pesuruh Allah SWT bukan mencari kepentingan diri..

Disamping sifat-sifat yang terpuji,setia, dan taat serta kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada Rasulullah, Saudah juga memiliki satu sifat yang amat disenangi oleh Rasulullah iaitu kepandaiannya berkelakar, sehingga Rasulullah terhibur dengan sikapnya yang lucu itu.

Pada suatu hari, Saudah berkata kepada Rasulullah SAW:

"aku bersolat di belakanmu(menjadi makmum) semalam, ketika engkau sujud aku pun ikut sujud,sehingga aku memegang hidungku kerana takut akan keluar darah daripadanya," katanya.

Rasulullah tertawa mendengar gurauan Saudah itu sehingga kelihatan gerahamnya,sebab baginda sudah mengerti apa maksud percakapan isterinya. Yang dimaksudkan oleh Saudah dengan keluar darah dari hidungnya itu ialah kerana Rasulullah SAW sujud terlalu lama, selama sujud itu sudah tentu selama itu juga hidungnya tercecah ke lantai. kerana itu, Saudah takut darah akan keluar jadi terpaksa menahan hidungnya itu sedikit supaya tidak terlalu kuat tekanannya ke lantai tempat sujud.

woww! kira hebat ok,boleh buat Rasulullah kita senyum sampai kelihatan gerahamnya. Allah!

Saudah juga adalah seorang wanita yang sangat pemurah, suka bersedekah dan menderma di kalangan para isteri Rasulullah dan kaum muslimat umumnya..

mengikut catatan sejarah, sewaktu Saudah meninggal dunia, beliau tidak meninggalkan sebarang harta tetapi sebaliknya ke semua harta telah diberikan kepada kaum muslimin yang memerlukan sewaktu dia masih hidup.

Pernah pada suatu hari Sayidina Umar menyuruh seseorang untuk menghadiahkan satu guni wang dinar(wang emas) kepada Saudah sewaktu pemerintahannya. Apabila pegawai itu menyerahkan barang yang dibawanya kepada beliau, Saudah bertanya kembali kepadanya, "Apa ini?"

"wang dinar,ya Ummul Mukminin!" jawab pegawai itu.

Saudah terpegun seketika kerana pada mulanya dia menyangka bahawa yang dihantar oleh pegawai itu adalah buah tamar,sebab ia diletakkan dalam guni, kemudian dia memanggil pembantunya dan menyuruhnya menghadiahkan kepada ke semua wang itu kepada kaum muslimin yang lebih memerlukan.

Saudah juga pernah menghadiahkan gilirannya kepada Siti Aisyah(isteri yang disenangi oleh Rasulullah) kerana dia sudah tidak berkemampuan memenuhi keperluan batin Rasulullah. Dia bersyukur sekiranya dapat kekal menjadi isteri Rasulullah SAW.

Setelah kewafatan Rasulullah, Saudah masih tetap tinggal di Madinah dan beliau selalu dijadikan tempat rujuk,tempat bertanya, dan meminta nasihat dalam berbagai masalah yang berhubungan dengan urusan keagamaan.

Pada tahun 54hijrah, Saudah sudah semakin uzur, umurnya hampir menjangkau 100 tahun dan dia akhirnya menghadap juga ke hadrat Illahi membawa bersama sekeping hati yang mengharapkan keredhaan Ilahi.

Demikian riwayat Saudah binti Zam'ah Ummul Mukminin yang kedua,yang telah mengalami berbagai penderitaan dan kemenangan, pasang surut dan suka duka dalam perjuangan menegakkan kalimah dan kebenaran Illahi. Semoga apa yang tercatit ini menjadi renungan kita bersama untuk mencontohi perilaku wanita mulia ini dan mendapat keberkatan darinya.,amin. Takbir!

macam mana? ada aura nak jadi muslimah solehah? of kos lah kan dear. in sha Allah. bangkitkan Jihad! Takbir. Allahu Akbar!









...wallallahua'lam...

Posted by .:: aieyna ::. at 03:00
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: # Saudah binti Zam'ah

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Owner Of The Blog

Owner Of The Blog

Ask me. Ask me. Ask me.

my life with them~

  • ~my cool dad~
  • ~my sporting mom~

saya tunggu awak!

saya tunggu awak!
1 2 3

kasih AC!

kasih AC!
[1] [2] [3]

#bittersweet*

#bittersweet*
  • #bittersweet1
  • #bittersweet2
  • #bittersweet3
  • #bittersweetINTRO

TazkiRah sikittt....

  • # Bicara Tentang Dajjal
  • # Cinta itu Fitrah
  • # Ciri-Ciri Khusus Islam
  • # Fatimah Az-zahra
  • # Saudah binti Zam'ah
  • # Susah itu SUNNAH
  • # sabar itu indah
  • #Ketika Cinta-NYA Mula Memanggil
  • -awan
  • -buah labu
  • -buah limau
  • -istiqamah
  • ♥ I’m proud to be muslimah ♥

Elegant Rose - Working In Background


Picture Window theme. Powered by Blogger.