amende lah special sangat sampai aina tertarik nak buat entri pasal buah labu nih?
Ntah lah...baca je lah,yer?
--------> Melihat matan Hadith:
قال أنس : فرأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يتتبع الدباء من حول الصحفة ، فلم أزل أحب الدباء من يومئذ . وقال ثمامة ، عن أنس : فجعلت أجمع الدباء بين يديه .
Berkata Anas bin Malik, aku melihat Rasulullah s.a.w memilih-milih buah labu di dalam bejana tersebut maka aku pun menyukai labu semenjak hari itu. Berkata Thumamah daripada Anas: Aku kemudian mengumpulkan buah labu ke hadapan beliau. (Riwayat Bukhari no.5439)
----------> Jabir r.a berkata:"Suatu hari, aku menemui Rasulullah s.a.w dan melihat buah labu dipotong-potong?" Aku bertanya, " Kenapa buah ini dipotong-potong?" Baginda menjawab, " Untuk memperbanyak makanan kita."
( Riwayat Ibnu Majah dan Nasa'i )
-----------> Kadang2 Nabi SAW makan roti berkuah dgn daging dan buah labu. Beliau suka kpd buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".
Aishah RA berkata : Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu krn labu itu menguatkan hati yg duka".
---------> Mungkin boleh rujuk kat kamus al marbawi ...?
LABU MANIS:
Labu di kenali juga sebagai Yaqteen ( Arab),Gourd atau Pumpkin. Di dalam al-Quran, Allah Taala telah menceritakan Labu sebagai buah yang di kurniakan kepada Nabi Yunus a.s. selepas baginda dimuntahkan dari perut ikan Nun.
و انبتنا عليهِ شجرةً مّن يقطين
Maksudnya : Dan kami kurniakan (tumbuhkan) kepadanya (Yunus a.s) sebatang pokok dari jenis Labu - Al-Saffat ayat 146
-------> Khasiat buah Labu
1.Vitamin A
Labu kuning merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah vitamin A yang memungkinkan kita dijangkiti pelbagai jenis penyakit.
2. Kulit Halus Berseri
Sekiranya kamu mengidamkan kulit yang halus dan berseri, amalan memakan buah labu adalah jawapannya.
3. Antioksida
Amalan memakan buah labu juga baik kerana ia bertindak sebagai antioksida yang memperlahankan proses enuaan serta memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak.
4. Rabun Malam
Selain masalah kulit kusam dan tidak bermaya, buah labu juga elok bagi kamu yang mempunyai masalah rabun terutama rabun malam. Bagi yang mempunyai masalah ketidakseimbangan gula dalam darah juga
digalakkan untuk memakan labu sekerap yang boleh.
5. Masalah Paru-Paru
Buah labu baik untuk dimakan sekiranya kamu mengalami masalah pembengkakan sendi dan masalah paru-paru. Mudah sahaja, bijinya diambil dan dikisar kemudian dicampur dengan jus lobak merah sebelum diminum. Rasa kelat biji labu tidak akan terasa malah lebih enak dan memudahkan kamu untuk meminumnya.
setakat ini sahaja coretan untuk hari ni...insyaallah,ambil iktibar..pasni,pakat gi beli buah labu deh...SERIUS nih! orang2 tua cakap,labu tak leh makan sakit urat..apa2 ntah..ada betulnya juga...tapi,cerr bgtau hadis kat atas kat diorang..ternganga diorang! Nabi makan xde pape pun..takkan dia nak bagi ummat dia seksa..renung-renungkan yer?
Aku merinduiMu Rasulullah.... :'(
credits to: Google :)
No comments:
Post a Comment