"Aira,congraaate!" ucap Izzah pada Nur Aira yang berjaya melanjutkan pelajarannya ke universiti..
"alaaa..kau ni! malu aku..nanti kau pula! tunggu dua tiga hari lagi sampailah tu tawaran!" balas Aira pada Izzah,kawan sekampungnya yang kenal sejak kecil lagi... mereka memang rapat.. bila tiba masa nak berpisah macam ni,rasalah sebak dalam diri-diri masing...lagi sebak,Izzah belum lagi terima sebarang tawaran... tapi,Aira dah seminggu terima surat tawaran dari universiti Al-Azhar,di Jordan.... Aira hanya mampu memberi kata semangat untuk izzah..Dia memahami bagaimana kecewanya sahabat yang selalu ada di sisinya itu sekarang..
"insyallah lah aira..kau doakan aku,tau..aku pun nak pergi uni jugak!" belas Izzah sambil peluk Aira... Izzah sebenarnya sedih kerana dia akan berpisah dengan rakannya itu..Aira lah tempat bermanja,bermesra di saat sedih atau suka...
"kau ni sedih tak boleh tawaran ke sedih aku nak pergi,hah?" gurau Aira dengan harapan senyuman izzah akan terukir di bibir.
"dua-dua" jawab Izzah sambil dikenyitkan matanya...
"menyampah!" Aira senyum sambil menolak bahunya Izzah..
"assalamualaikuuum..." tiba-tiba suara mak Timah kedengaran dari luar..
"Zah,mak timah!" Aira bangun sambil menarik tangan Izzah untuk mendapatkan mak Timah..
"waalaikummussalam Mak Timah...masuk lah.." ramah Aira menyambut jirannya masuk ke rumah..
"eh,tak apa lah Aira..oh,ya! kau dah nak pergi,ya? kau ni kalau aku tak tanya tak ada nak bagi tahu aku..?" marah Mak Timah...
"eh,tak adalah Mak Timah..nanti Aira nak pergi besok Aira pergi lah rumah Mak Timah kasi tahu..lagipun,lambat lagi." jelas Aira..Izzah hanya mendengar..
"ya lah tu..eh,mana umi?" tanya Mak Timah..
"kat belakang..masuklah Mak Timah." ajak Aira..
"oh,ya! kau dah nak pergi,ya? kau ni kalau aku tak tanya..tak ada nak bagi tahu aku.."
tiba-tiba..suara perli dengar dari belakang..
Aira dan Izzah serentak pusing ke belakang..
"ya Allah,kau Azi..dengar kat Mak Timah..tak sanggup aku!" kejut Aira dengan telatah adiknya Azi yang mengajuk Mak Timah bercakap..
Azi hanya ketawa..Izzah pun turut sama sambil high-five dengan Azi..
"maklumlah..ada orang tu dah nak pergi jauuhhh,kan kak Izzah?" perli Azi pada kakaknya sambil diangkat keningnya pada Izzah..
Izzah hanya ketawa..
"eh,budak ni…aku cepuk kang!" marah Aira pada adiknya.. Azi hanya ketawa dan menjelir lidah pada kakaknya..
Azi seorang adik yang terlalu sayangkan kakaknya..disebalik kenakalannya,mengusik Aira sebenarnya jauh di hati...terasa berat untuk membiarkan kakaknya pergi... 'tapi,siapa tak nak pergi universiti..aku pun nanti akan ke sana...' hanya itu yang mampu membuatkan Azi sentiasa ceria dan ketawa di saat-saat bersama kakaknya yang hanya seminggu lagi akan meninggalkannya..
Selepas seminggu masa berlalu,tibalah masa untuk Aira bertolak ke Tanah Arab...Semua ahli keluarga sama-sama bertolak ke airport. Azi sampai ambil cuti sekolah disebabkan nak hantar kakak kesayangan…Sepupu sepapat, Cik Da dan Cik Zan,mak-mak saudaranya and semua lah ada kat airport...”agak-agak penuh dengan kaum kerabat aku ke kat airport nanti” getus Aira..
Kadang-kadang senyum..kadang-kadang masam…kadang-kadang gelak…kadang-kadang nangis…kadang-kadang sebak, kadang-kadang excited nak pergi…tak boleh nak ditafsirkan perasaan yang bermain di minda dan di jiwa Aira.
“Tapi.apa-apa perasaan sekali pun yang bermain di fikiran..aku tetap kena pergi!”
Itulah ayat semangat dan pembakar untuk dirinya sendiri..
Dari rumah,dalam kereta hinggalah di airport… aira tak lepaskan tangan umi dan adiknya….abi pula tak berhenti bagi nasihat dan pesanan…biasa lah anak gadis nak pergi tempat orang sorang diri…risau tahap gaban lah orang tua yang nak lepaskan anak perempuannya pergi…tapi,apakan daya demi mengejar ilmu dan keredhaan Illahi…tetap harus lepaskan permata hati tersayang pergi mencari ilmu di Negara orang. Azi pula tidak berhenti menitiskan air mata di saat meleraikan pelukan kakaknya…
****
“Mak aiii,ramainya orang pandai sekarang…” getus hati kecil aira…maklumlah setelah sampai di lapangan terbang kat sana,terkejut sakan aira melihat begitu ramai yang akan mendaftarkan diri sebagai mahasiswa bagi sesi baru di universiti kat tanah arab nie….
Tengah duk berangan kat tengah-tengah ribuan manusia…tiba-tiba…
“assalamualaikum,ukhti…”
Tiba-tiba suara seorang pemuda memberi salam dari belakang…
ALLAH! SUBHANAALLAH! Henseemmmnyee….seorang lelaki berjubah putih dan memakai jacket hitam di luar..berkopiah dan bercermin mata sedang senyum sambil menunjukkan ibu jarinya ke arah kiri,tempat kaunter pendaftaran… tapi,matanya tak pernah tepat di mata aira…tak pernah merenung dari atas ke bawah diri aira di saat ditegurnya…..
‘SUBHANNAALLAH,imannya begitu kuat..’ getus aira…
Aira hanya mampu senyum untuk mengawal perasaan yang tak dapat ditafsirkan…imannya tidaklah begitu kuat…hati berdebar time tuh hanya Allah yang tahu…
“syukron..” hanya satu perkataan itu yang mampu dijawab oleh aira..ehermm,salam sudah dijawab tapii dalam hati lerr…satu lagi,mulai sekarang,aira harus mulai speaking Arab ..well,study kat tanah arab lah katakan..kena practise lah!
Aira melangkah meninggalkan lelaki tersebut…menarik bagasinya sekali sambil tersenyum…
‘aku takkan lupakan senyuman dia..ALLAH! kuatkan hatiku ini…’ aira tidak mampu untuk menghapuskan senyuman lelaki tersebut dalam ingatan…makin dipejam untuk melupakan..makin jelas senyuman yang terbayang…
’Makk aiii,kenapa niee…kau kenal pun tak dia aira weh!’ hatinya berbisik untuk melawan perasaan yang bermain di fikiran yang membuatkan hatinya tak tenteram dari tadi…aira menegaskan yang mungkin lepas ni dah tak jumpa lelaki itu…tak kan ramai-ramai orang ni..nak jumpa pula mamat tadi..tak..takk!
Setelah selesai pendaftaran..dan check in di bilik yang disediakan….aira merebahkan diri di atas katil yang kini akan menjadi hak milik dia untuk satu semester ni…
“tak nak turun makan dulu ker?” Tanya roommate yang baru dikenalnya dalam lif tadi…Syida! Orang Kedah…baru taaruf tak sampai dua jam tapi,dah boleh ngapp antara mereka…
“penat laa…pukul empat nanti nak turun pulak..taklimat bagai! Tak penat ke?” balas aira sambil dibuka tudung bulatnya itu…
“penat tuu memang lah penat..tapi,itulah jihad kita untuk menuntut ilmu dan mencari pengalaman kat tempat orang nie..dah! jom…boleh kenal-kenal and biasakan diri di tempat baru ni…” balas Syida…Wow! Tak sangka,tengok orang nakal-nakal cam tuu..tapi,sekali buah keluar… ambek kau! Boleh masuk ustazah pilihan dah nie cik syida oii!
“ye lah..ye lah…amboi,cik syida..kalah ustazah semanis kurma ni…” gurau aira..
Syida tergelak...”dah! ikhlaskan niat tuh dulu pastu pakai tudung tuu cepat..kan aku tinggalkan..laporr hang!”
“okey..okey…jangan sampai kau cakap loghat kau dengan aku sudah..ternganga aku nak faham nanti..”kata aira ketawa..
“hang pun sama…jangan pekat sangat Kelantan hang tuu..susah aku nak faham! Tapi,sikit-sikit tuh boleh laa…” balas syida pula..
“eh,kau faham ke? Cam mana kau faham…?”Tanya aira ingin tahu…
“abang ipar aku orang Kelantan..so,boleh faham lah sikit-sikit..” jawab syida..
Aira mengangguk…
“eh,dah lah! Cepat! Sur’ah-sur’ah!” tegas syida…aira hanya menurut!
Selepas dua bulan belajar di tempat orang..dan sudah dua bulan lah aira tak berhubung dengan familynya…maklum lah nak skype…orang di sana tak online..well,si Azi exam lah katakan..tak ada masa lah kononnya nak berfacebook bagai..aira jer lah yang dua puluh empat jam online…
“eh,eh…Azi online..” wajah aira berseri-seri melihat FB adiknya ada butang hijau!
Maka, ber’skype’lah mereka berdua…
“aziiii…..rindu kau…cam mana exam?” aira berteriak memanggil adiknya…
“arghhhhh…akak!!! Rindu akak!” azi pun turut berteriak lalu mencium monitor laptopnya…aira pun melakukan perkara yang sama…
“boleh laa..susah sikit jerr…” jawab azi untuk persoalan akaknya tentang exam yang baru habis!
‘insyaallah boleh lah tuh…kau sihat tak? Mana umi ngan abi?” beribu soalan yang berbeku dalam hati untuk ditanya….
“insyaallah..hehe umi ada..abi tak ada,outstation!” jawab Azi..
“ooo….sana pukul berapa?” Tanya aira..
“pukul lima!” jawab azi ringkas selepas melihat jam di dinding..
“cuba teka sini pukul berapa?” Tanya aira pada adik bongsunya,Nur Azihin…
“lima tolak lima jam…err, dua belas…?” jawab azi..
“eh,pandai cam akak dia…” gurau aira…
“well!”
“eh,dik..panggil umi..rindu nya ya ALLAH!” arah aira pada adiknya..
Azi pergi memanggilkan uminya yang berada di dapur…aira menunggu dengan sabar..rindunya pada keluarga di Malaysia memang tak dapat diluahkan….
Umi pun datang!
“umiii!” teriak Aira lagi…
“yer….ya Allah..anak umi..asal makin tembam ni..aku ingatkan makin kurus kat sana!” umi gelak..
“haha,cukup makan umi…!” gelak aira
“bukan cukup dah nie..terlebih!” jampuk azi di belakang! Masing-masing dengan gelak masing-masing..lepas rindu lah katakan!
“umi,aira ada benda nak bagitahu ni..” aira ingin bagitahu sesuatu pada uminya!
“alhamdulillah! Aira dah dua minggu berpurdah umi…” jelas aira lagi pada uminya…
Selepas solat istikhorah tiga hari berturut-turut..Akhirnya aira membuat keputusan untuk berpurdah…macam yang dirangcang sejak sekolah menengah lagi..dia bercita-cita nak berpurdah..akhirnya,masa yang sesuai sudah tiba..Nur Aira kini sudah berpurdah!
“Alhamdulillah!” umi menitiskan air mata saat mendengar berita yang amat menggembirakan ini…aira hanya mampu tersenyum melihat titisan manik yang begitu jernih mengalir tanpa henti membasahi pipi uminya…sekiranya dia berada di situ..akan dipeluk erat uminya!
“nanti umi bagi tahu abi…pasti abi suka!” umi mematikan scene sedih sebentar tadi…
Perbualan mereka di skype berjam-jam berhenti apabila ada orang datang ke rumah…hanya mampu mengirim satu kucupan melalui skrin monitor sahaja..takpe lah! Sekurang-kurangnya..terlepas juga rindu di hati! Alhamdulillah! Dunia kini semakin maju,tiada sempadan!
“syida,teman aku pergi kedai bawah jap! “ ajak aira…maklum lah hari minggu,boring duduk kat rumah lagipun,dah tak ada apa yang boleh dimakan dua orang gadis ni..
“okey,jap!” balas syida sambil tangan nya cepat-cepat menekan butang log out! Duk online rupanya!
“sur’ah lah!” gesa aira! Sur’ah? Perkataan arab yang bermaksud cepat! Biasalah dah 5 bulan kat Jordan,Alhamdulillah! Mereka dah mula fasih dalam berbahasa arab!
Mereka turun beriringan menuju ke pasar malam di bawah…setelah pusing punya pusing…dah tak ada benda,aira terliur nak makan pisang kat kedai buah itu… mereka masuk dan aira memilih pisang-pisang yang tergantung di atas…syida pula sibuk memilih buah anggur. Favourite dia kot!
Tiba-tiba,ada seorang remaja lelaki lingkungan 16 atau 17 tahun melanggar aira yang sedang membelek-belek pisang yang tegantung…rupa-rupanya lelaki itu dikejar oleh pemilik kedai dan beberapa orang pemuda lain kerana telah mencuri buah-buahan di kedai itu… dengan syida sekali nak lari kejar budak tuu….
Seorang pemuda lelaki yang berjubah hitam ingin turut mengejar budak tersebut tetapi terhenti apabila melihat Aira terduduk memegang tangan yang terluka akibat terkena pisau yang dipegang pencuri itu…
Aira menahan kepedihan luka yang terkena di tangan nya sehingga tidak menyedari penutup muka atau lebih dikenali sebagai purdah telah tercabut…
“assalamualaikum,ukhti…” lagi suara seorang pemuda memberi salam..
“waalaikumussalam..” aira mengangkat muka…dia tergamam! Lelaki hari tu…terus,hatinya berdetak tanpa henti…
Lelaki tersebut membongkokkan sedikit badan nya untuk melihat gadis tersebut dan mengisyaratkan kepada aira tentang purdahnya terbuka itu dengan jari tangan nya..
Aira keget! Dia segera memalingkan mukanya ke belakang dan membutangkan kembali purdahnya…hatinya berdebar membuatkan dia kaku! Tak tahu nak buat apa! Nasib baik,syida berada di situ..dia mengangkat aira dan melangkah pergi!
Aira begitu gembira… tidak dinafikan! Setelah sekian lama,dia berjumpa lagi jejaka tersebut kat kedai buah ni…’Agak-agak dia cam tak aku!’tanya hati kecil aira…tapi,hairan! Kenapa aku begitu berdebar,kaki aku terketar-ketar bila berhadapan dengan dia…tapi,dia begitu tenang,cool sangat..hanya pandai senyum! ‘Dia tak berdebar macam aku sekarang ni ker time tengok aku???’ menjadi persoalan buat diri aira!
‘Iman dia begitu kuat tak macam aku,aku tak layak untuknya! Dah,jangan mimpi!’ hati aira berbicara sendiri.
Tapi,disebalik senyuman yang manis…sebenarnya hanya satu senyuman untuk merahsiakan hati yang berdebar,hati yang berdetak ibarat satu dunia boleh dengar bagi lelaki bernama Akmal Asyraff…
Akmal hanya mampu melihat seorang gadis yang dicari selama lima bulan ini pergi begitu sahaja kerana iman yang disangka begitu lemah…bimbang iman akan goyah di saat ingin berbicara dengan gadis idaman.
Sejak pertama kali lagi melihat aira di airport…hati mula tidak tenteram,tiba-tiba hilang kata untuk berbicara…debaran dan detakan jantung begitu kuat, kuat sehingga begitu sakit untuk menahannya..
'Ku sangka hanya mainan perasaan dan permainan syaitan dan hawa nafsu…maka,telah ku pendam dan elakkan mata untuk melihat gadis yang membuat hidup ku terancam itu…tapi,makin dilupa makin terbayang'…kadang-kadang mengganggu dalam ibadahnya…kerana itu, dia telah membuat keputusan untuk mencari gadis yang dijumpainya di airport itu…dia yakin setelah solat isthikorah tiap-tiap malam…dan wajah gadis itu yang telah memasak dan membasuh bajunya…gadis itu juga yang didukungnya masuk ke hospital! Maka,akmal mengambil keputusan untuk mencari dan terus mencari…
Pelbagai usaha dan cara yang dilakukan untuk mencari gadis tersebut… nak tanya kat bahagian pendaftaran,nanti difikir lain pulak..setiap hari akmal pusing kawasan university al-azhar,dengan harapan akan berjumpa…tapi, hampeh! Tak jumpa…
Akhirnya,macam yang selalu kita dengar kalau jodoh tak kan kemana…tak kan lari gunung dikejar…akmal terjumpa aira di kedai buah yang tiap-tiap hari dia datang..tapi,selama nie tak ada jumpa pula..rupa-rupanya,gadis tersebut dah berniqab…Akmal tergamam melihat raut wajah gadis itu yang makin berseri berbanding sebelum ni…
‘entah-entah,aku jumpa dia tipa-tiap hari,duduk kat sebelah aku pun tak tahu…Allah!’ getus hati Akmal..dia tersenyum sendiri..memikirkan aturan Illahi!
Tanpa berfikir panjang…Akmal terus bertanya penjual buah tersebut..mengenai gadis beniqab yang baru berlalu pergi tadi..
Nur aira,gadis yang mengambil jurusan perubatan..hanya itu yang Akmal tahu!
Hampa memang lah hampa…tapi,akmal tak pernah putus berdoa ‘sekiranya dialah jodoh ku..satukan lah hatinya dengan hatiku Ya Allah’…
Keesokkan hari..tanpa diduga..mereka bertemu di kantin…Akmal dapat mengecam si Aira!
Aira yang sedang minum segelas air bersama syida terkejut apabila di tegur dari belakang..
“assalamualaikum!” akmal menguatkan hati untuk berbicara dan berterus terang..dia bimbang makin dipendam makin dirindu…Aira yang menjadi mangsa dan mendapat dosa kerananya!
“waalaikumussalam..” aira menoleh ke belakang! Dia terkejut..ya ALLAH! ‘Apa dia buat kat sini..malu semalam belum habis lagi..’ aira bermonolog dalam hati…syida tersenyum…melihat keresahan rakan di hadapannya itu…berdasarkan cerita aira padanya..dia tahu..aira pun menunggu jejaka itu..
“aira kan?” akmal bertanya..dengan suara-suara terketar-ketar sikit…tapi,masih boleh dikawal! Dalam hati,tak payah cakap! Macam dah pecah je dada ni!
Aira hanya mengangguk…aira dah nak terkencing kat situ… menahan getaran jiwa!
“saya akmal asyraff dari jurusan usulluddin…ambil masa sikit boleh?” tangan nya disorok di belakang ketika berbicara…takut kantoi tangan terketar-terketar! Haha
Aira hanya mengangguk sebagai isyarat mengizinkan! Dia berpusing seperti asal dan membulatkan matanya kepada syida yang tersenyum sinis..
Akmal mengambil tempat duduk di meja yang sama tapi dengan jarak yang agak jauh..selepas bertaaruf dengan syida..dia berterus terang dengan aira!
“sebenarnya saya ada benda nak bagitahu..saya berhasrat nak ambil awak sebagai isteri saya..boleh?”
Aira yang dari tadi tunduk,tidak pernah mengangkat muka..hanya curi-curi pandang jer terkejut…dia memandang tepat pada muka akmal!
“saya tak kenal awak!” akhirnya aira bersuara…
Allah! Makin parah hati si Akmal mendengar suara Aira..
“kita sama-sama tak kenal..ana pun tak kenal anti…kita taaruf lepas ni..kalau anti setuju?” akmal masih bertanya dengan penuh harapan!
Syida dari tadi tersenyum..nak gelak pun ada lelaki bukan mahram kat depan! Kalau tak dah lama pecah perut!
Aira kembali menundukkan pandangan…”beri masa kepada saya tiga hari…lepas itu saya bagitahu jawapan itu.”
Akmal mengerti…dia memberikan nama facebook nya pada syida…dia masih tidak mampu untuk memandang aira yang dari tadi hanya tertunduk..’Ya Allah,kuatnya imannya! Layakkah aku untuknya ya Allah!’ akmal tiba-tiba merasakan dirinya begitu hina…imannya tidak sekuat gadis itu..
Akmal melangkah pergi…tanpa sebarang kata dan perjanjian di antara mereka berdua…hari yang ditunggu…terus ditunggu akmal dengan sabar dan takut..takut direject!
Si aira pula terus dan terus beristikhorah mencari jawapan… adakah itu lelaki yang ditunggu-tunggu?
“Mampukah dia menjadi imam ku? Layakkah aku untuknya…mampukah aku menjdi isteri yang solehah untuk nya..???” pelbagai persoalan menjadikan dia begitu berdebar-debar untuk memberitahu jawapannya…sehinggalah, aira mendapat mimpi yang sama dengan akmal!
Hari yang ditunggu telah tiba…Akmal dan Aira sama-sama online!
Akmal yang lebih lama menunggu,apabila melihat butang hijau pada nama aira di chatbox…terus hantar mesej!
“assalamualaikum,ukhti..cam mana? Dah ada jawapan?” Akmal bertanya..
Aira memanggil syida untuk menemaninya… ya lah,time-time macam ni kena berteman..takut tersilap langkah…Syida memeluk aira memberi semangat..untung ada kawan macam ni…faham situasi betullah kau syida!
“waalaikumussalam…insyallah!” aira tak tahu nak jawab apa..
Syida memukul bahu aira!
“yang kau pi jawab insyaallah..tu apa sal…cakap jer lah..ye,saya setuju! Kau ni..” syida mengomel..eh,dia pulak terlebih!
“tak nak lah aku..nantikan tak pasal-pasal dilabel ‘tak sabar’..cam kau ni hah!” aira membalas pukulan syida..
Syida menjebek….memang betul pun..dia yang terlebih..nak buat tuu..nak buat ni..nak jadi pengapit bagai..nak pegang hantaran laa…well,tumpang excited!
pergaduhan mereka berhenti apabila mesej fb masuk..
“maksudnya..anti setuju nih?” akmal membalas..
Aira dan syida berpaling serentak….arghhhhh! sama-sama berteriak… tak sanggup nak taip ya,saya setuju… apa kau ingat gadis berpurdah tak boleh nak berteriak ke…dia orang pun manusia…ada time kena gedik sikit…haha
“meh,sini aku taip…” syida menolak tangan aira untuk menaip..
“eh,mana boleh..tepi-tepi!” aira menolak balik…
“habis kau..lambat sangat..cepat lah balas…” syida mengomel lagi..
Aira pandang syida dengan muka serba salah…tahu sangat,muka berdebar!
“kau tak payah nak buat muka cute kat sini..taip cepat!” arah syida dengan muka serius…padahal nak coverline kesian tengok muka kawan dia yang memang tengah konfius sekarang…
“ya..saya setuju…apa-apa pun..tanya abi dan umi saya dulu lah…” aira terus menaip dengan tangan terketar-ketar…adoi~ masalah kedua pulak sekarang..nak cakap macam mana dengan umi dan abi nanti..
“Alhamdulillah…terima kasih..pasal tu,jangan risau..saya handle! Nak nombor abi?” akmal melompat atas kerusi…berita paling gembira seumur hidup…wajahnya berseri-seri..tiba-tiba senyum sampai ke telinga…
Ya Allah..alhamdulillah! getus hatinya… di situ juga lah,akmal terus buat sujud syukur..maklumlah,dia ada wudhu’ 24 jam… opsss,masalah bagi akmal muncul apabila nak bercakap dengan orang tua aira..nak cakap apa tak tahu..walaubagaimanapun,akmal kuatkan hati..nak anak dia orang,kena beranilah nak cakap dia orang…fuhh! Umi dan abi dia tak makan orang lah,akmal! Akmal memujuk hatinya sendiri yang berdebar bercampur baur excited nih…
Syida dan aira berpandangan..tiba-tiba mereka sama-sama tersengih..
“amboihh,belom pape,dah abi bagai…untung lah!” syida menyakat aira yang dah tersengih…malu kot!
Semua telah selesai..akmal pun dah berbincang dengan abi dan umi aira..mereka semua memang terkejut lah…angin tak ada,ribut tak ada…tiba-tiba ada orang telefon masuk meminang ..tambah lagi,si azi! Melompat dia nak ada abang ipar!
Si aira pun dah berbual panjang dengan mama Akmal…semua dah berkenan! Kira settle lah,kan?
Keputusan dah dibuat oleh akmal… akmal mesej kepad aira melalui fb,katanya nak jumpa!
Petang sabtu,syida pun menemai mereka! Ya lah,tak sanggup nak lepaskan mereka berdua..ceee~
“mama dah tetapkan, dua minggu lagi kita kahwin..!” akmal menjelaskan..
Terbulat mata syida..what! dua minggu lagi..kawan dia dah nak kahwin..
Aira lagi laa.. tersembur air yang nak diminumnya..
“tak cepat sangat ke,kalau kita kawin habis study maisng-masing,tak boleh?” Tanya aira panic!
“kenapa,takut tak boleh nak focus anti punya study ke?” akmal bertanya sambil ditunduk..coverline ke apa aku pun tak tahu! Tapi,yang pasti..macho gilerr!
“lebih kurang laa..” aira pun turut tunduk..si syida hanya mampu geleng kepala dengan kerenah dua orang ni…
“ana rasa tak kisah kot…bagi ana,lagi ada peneman..lagi semangat nak belajar..boleh sama-sama membantu..lagipun,makin lama ditangguh,takut…benda lain terjadi..” akmal cuba menyusun kata..
“okey..okey..apa-apalah..” aira terus setuju..takut jer dengar si akmal cakap cam tuu…aihh! Nauzubillah!
Akmal tersenyum…’penakut jugak bakal bini aku nih’getus hatinya…see! Miang dah maiiii~
“Alhamdulillah….13 disember ni,ana balik Malaysia untuk akad…aira duk sini..tak balik takpe?"
Aira terkejut..ada jugak ke kahwin cam tuu…?
“boleh ke cam tuuu?” Tanya aira.. akmal hanya mengangguk…
“boleh laa,asal tak boleh pulak…umi ngan abi pun dah setuju..sebab tak kan kita nak balik dua,kan? Bajet pun banyak pulak kalau nak balik ramai-ramai..” akmal cuba menjelaskan kepada bakal isterinya…
Aira mengangguk faham! Well,semua dah cakap cam tuu..nak buat cam mana lagi..
Hari yang ditunggu telah tiba… 10 disember,akmal bertolak untuk ke Malaysia…tinggal lah aira kat Jordan sorang-sorang..tak ada lah sorang,orang berjuta lagi kat sana!
Si syida tak habis-habis duk menyakat si aira… dah tak terkawal dah minah ni!
13 disember dah tiba…. Apabila time akmal nak akad nikah! Si azi berskype dengan aira…kiranya,aira ada kat situ jugak lah…
Maknanya,si akmal boleh nampak si aira and sebaliknya…
.
“aku terima nikahnya nur aira khalisya binti baharom…” lafaz sakinah bermula…
Saat disahkan lafaz tersebut..akmal menitiskan air mata…segala perjuangan dan pencarian selama ini dah berakhir..alhamdulillah!
Si aira..hanya mampu melihat dari jauh detik-detik bahagia..hanya mampu menangis dengan sahabat dalam bilik je lah…
Kebiasaannya,habis akad..pengantin laki akan bersalaman and cium dahi si isteri…tapi,mereka,special!
Tanpa diduga,akmal bangun dan mencium monitor laptop si azi..means,cium bini dia lah!
Aira dan syida terkejut sakan…adoii~ malu tahap gaban…semua orang tersenyum and tersengih..
‘Eeeiiii…buat malu je lah laki aku nih…,balik nanti siap lah.!’ Aira bermonolog dalam hati…
Akmal bertolak balik keesokkan harinya….
Aira menunggu kepulangan si suami di lapangan terbang….berjam-jam rela tunggu…maklumlah,first time nak jumpa suami ni…
Tangan dah sejuk…si syida tak ada..aira tak bagi ikut..takut mengganggu kot! Haha
Dari jauh si akmal dah nampak…dengan jubbah putih dia,sehelai sejadah di bahunya…boleh pengsan kat situ jugak…sebijik macam yang diidamkan….kata orang,apa yang kita nak tak selalu dapat..so,kira si aira beruntung lah ,kan?
Dari jauh,akmal dapat melihat isterinya yang sedang menunggu di atas bangku..alangkah bahagianya! Saat tiba disambut si isteri…berdebar lah pulak!
Akmal melangkah mendekati si isteri…setelah sampaii di depan aira, akmal mengangkat kening sambil tersenyumm…
“tak nak salam dengan abang?” soalan cepumas dari akmal..
Aduuu…apa punya binilah! Maklumlah,mula-mula mana biasa..kira kali pertama nak salam dengan lelaki lah ni…
Aira menghulurkan tangan untuk bersalam…
Si akmal tersenyum melihat telatah si isteri yang masih malu-malu…lagi lah hati terusik nak mengusik si aira! See~ jahat…
“bila abang boleh buka purdah,sayang?” lagi satu soalan cepumas..
“akmal..eh,eh..abang…” aira tersasul…
“ermmm,kalau nak panggil nama panggil asyraff lah..tapi,lagi suka panggil abang..” akmal menjelaskan..eh,asyraff menjelaskan…baru tahu,dia lebih suka dipanggil asyraff!
“ermm,aira bukak kat rumah laa…tak kan nak bukak kat sini!” jawab aira sambil mengangkat beg kecil suaminya..
“ya,sayang..abang tahu..gurau jer lah…!” asyraff tergelak…dia mencium pipi isterinya yang sedang berusaha nak angkat beg suaminya..
Aira tergamam! What? Depan orang ramai kot…
Akmal mencium dan tangannya menarik beg yang ada di tangan isterinya…tak nak bagi zaujah dia angkat berat! Untung lah,kan?
Aira hanya menurut…tergamam belum habis…tangannya dipimpin oleh mohd akmal asyraff yang akan menjadi imamnya selepas ini untuk melangkah pergi untuk ke rumah baru…
Mereka berdua telah menyewa rumah baru dan telah menjemput semua kenalan untuk makan-makan sempena kesyukuran perkahwinan mereka petang tersebut…Alhamdulillah! Allah telah meyatukan cinta yang tulus dan ikhlas demi mencari cinta yang diredhai… umur,keadaan dan rintangan tidak akan menjadi masalah sekiranya disetujui olehNya….insyaallah,masjid yang terbina dengan izinNya akan bahagia hingga ke syurga..
No comments:
Post a Comment