‘debukk!’….. “Allah!....” lantas kalimah itu terkeluar dari mulut Nia ketika terlanggar seorang jejaka yang berkot hitam…
‘alamak,siapa pula ni? Habis baju aku!’ getus hati nia saat itu… panik! Tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba jantung berdetup kencang sangat! Kenapa ni nia oii!
“ya Allah,sorry awak! Baju awak! Tumpah ke??” lelaki itu turut serba salah… adoii,kenapa tak hati-hati Qayyum oi? Nak buat macam mana orang ramai…jalan sini orang jalan situ orang….. makin hati-hati cam ni pulak jadi nya!
Tangan Nia masih di dada Qayyum… alamak! Terrr….lah wei! Pantas Nia menjatuhkan tangannya. Nia masih tertunduk. Tak sanggup nak tengok! Qayyum tersenyum melihat gelagat Nia… hatinya berdebar! Kenapa ni? ‘pemalu agaknya budak ni!’ Getus hatinya.. ingin dilihat raut wajah perempuan itu… Qayyum memegang dagu Nia dan menundukkan kepalanya untuk mencari anak mata gadis tersebut…mana tahu takut nangis kat situ… “awak,ok ke?”
‘Ya Allah,mamat ni….pegang-pegang pula.tak tahu hukum ke? Aku ni dah nak terkencing kat sini,dia boleh main ciku-chakk pegang-pegang aku!’ bisik nia dalam hati… akhirnya,Nia mendongak! maklum lah orang tu tinggi pada dia! Lantas, tangan didagunya ditepis. Qayyum terkejut dengan tindakan itu… tak macam perempuan lain! Dia tersenyum. ‘ya Allah mamat ni..boleh senyum aku marah-marah ni! errrrrrr….’ getus hati Nia lalu matanya tegas menikam mata Qayyum sehingga Qayyum terpaku. Terpukau dengan anak mata Nia.
“awak…” jari Nia tepat pada wajah jejaka tampan berkot hitam kalah anak dato’ tu. Tak sempat Nia menghabiskan ayatnya…Qayyum menghulurkan tangannya untuk bersalam…
“saya Wan Muhammad Qayyum binnn….” giliran Nia pula memotong.
“awak ni kan memang tak pandai nak hormat perempuan kan? Awak pegang-pegang saya, saya tak habis cakaap awak dah potong line,sekarang nak bersalam pula? Tak pergi sekolah agama erk dulu..??” sindir Nia …matanya masih tepat pada mata..apa nama tu? Hah,Qayyim,Qayyum??…lantak lah!
Qayyum terpaku! Ambik kau… betul kata orang tua diam-diam ubi berisi…haa,ni lah orang nya! Bisik hati qayyum.
“awak laki saya perempuan…tak boleh sentuh! Kita….” Nia masih dengan ceramahnya.
“ok,awak….” Qayyum menjampuk…
“diam! Saya tak habis lagi….kita bukan MAHRAM!” Nia meneruskan ucapannya sambil ditekan perkataan ‘mahram ‘ itu..
Senyuman yang memang menyakitkan hati,senyuman nakal Qayyum terukir di bibir…. “okey,fine! Dah tak sentuhkan….?” Qayyum mendepakan tangannya dan melangkah setapak ke belakang..Nia menahan marah. Dia memejamkan mata lalu memberikan senyuman yang tak berapa nak ikhlas. Qayyum memahami itu yang jelas di raut wajah gadis yang memang bukan seperti gadis lain yang dikenalinya sebelum ini. “baju awak cam mana tuu..?” Qayyum memuncungkan mulutnya ke arah baju Nia dan mengangkat kening mahukan jawapan sambil tangannya diletakkan di pinggan.
Nia melihat bajunya. Basah! ’baju aku…!’ Nia bagaikan ingin terbang dari situ..dengan pantas dia melangkah kakinya untuk beredar
Tanpa disedari,Qayyum memegang tangan gadis yang berada di hadapannya itu. Dan menarik ke pangkuannya… diambil sapu tangan dari poket kotnya untuk membersihkannya. Terasa hembusan nafas lelaki itu di mukanya. Nia terkejut. Lantas,nia menepis dan menolak kasar tangan lelaki yang tak dinafikan ada rupa paras,tubuh badan yang digilai ramai gadis-gadis seperti dia. ‘aku harus lawan!’ nia menahan dan cuba melawan hawa nafsunya…. Dia takut!
Air mata mula mengalir di pipi Nia….denyutan jantungnya semakin kuat sehinggakan dia seakan tidak mampu untuk berdiri lagi.
Qayyum terkejut dengan tindakan itu…melihat air mata deras mengalir..makin serba salah dibuatnya... Dia pun tidak sedar apa yang dilakukannya… sekali lagi nia mendongak. Wajah manja disebalik wajah ayu dan manis dengan solekan nipis namun tercemar dek kerana bibirnya tersenyum hambar ditatap Qayyum.. Mata itu. Mata yang menikam anak matanya seolah merayu memohon agar dilepaskan..jelas kelihatan dirinya dalam ketakutan.
Qayyum melepaskan tangan Nia sambil matanya dipandang ke atas..tak sanggup lagi melihat mata itu,wajah itu,yang menitiskan air mata kerana dia.
Nia tersenyum seolah baru keluar dari penjara..jika boleh meraung ,ingin dia meraung sahaja disitu…Nia melihat wajah itu buat kali terakhir dan senyuman ikhlas diberikan sebagai tanda terima kasih kerana mengerti keadaannya.. Nia melangkah untuk pergi dari situ..ingin sahaja dia lari,ingin sahaja dia terbang jika mampu..
Tangan nia dilepaskan dengan hambar. Qayyum berpaling ke belakang. Tak sanggup melihat gadis yang tak dikenalinya itu pergi..tiba-tiba tangannya terasa ditarik… nia pula yang baru mulakan langkahnya untuk beredar juga tiba-tiba terasa ditarik… air mata jernihnya turun membasahi pipinya lagi… ‘apalagi mamat ni nak?’ sedih Nia dalam hati.
Masing-masing berpaling serentak….terlihat sapu tangan Qayyum tersangkut di gelang Nia… Pelbagai halangan yang berlaku untuk tidak membiarkan mereka berpisah..perasaan yang bercampur baur yang tak dapat difahami…takut,resah,kelakar dengan apa yang terjadi,berdebar saat bersama dia…tidak dapat ditafsirkan lagi! Nia tidak dapat lagi menahan tangisnya…lalu dia menangis merayu agar lelaki di depannya itu melepaskan sapu tangan tersebut… Qayyum tersenyum. Hairan dengan apa yang terjadi.tambah lagi melihat melihat gadis di depannya itu gelisah saat dekat dengannya. dengan sifat malunya,takutnya,gelisahnya itu..membuatkan hati Qayyum tak ingin berpisah…senang bersamanya!
Qayyum mengenyitkan mata sebelum melepaskan sapu tangannya… Nia yang sedang menangis tersenyum dan terkeluar anak tawanya dengan kenakalan Qayyum itu…ingin dimarah tak sanggup lagi! Nia mengambil segera sapu tangan itu lalu berlari terus menuju pintu keluar…makin lama di situ makin tergugat imannya.
Wajah Qayyum berbunga-bunga…melihat perempuan itu tersenyum,ketawa…. Walau dalam tangis masih terserlah keayuan dan makin jelas kemanjaannya…tak mahu dihilangkan dalam ingatan senyuman,ketawa gadis itu…tangisannya itu pun tak mahu dilupakan. Walaupun tidak dikenali sama sekali tapi Qayyum memang berharap agar dapat berjumpa lagi dengan budak perempuan tu…terasa rindu baru sesaat berpisah. “alamak,nama dia? Apa ah?bila pulak lah boleh jumpa ni?” Qayyum menumbuk tangannya sendiri.kesal. dia lupa untuk menanyakan nama gadis itu..entah berjumpa lagi pun tidak…Qayyum hanya memerhatikan pintu keluar dengan hasrat di hati gadis itu akan kembali… Tapi…
‘ini bukan cerita Hindustan Qayyum oiii..’ getus hatinya….’tunggu pun tak guna..takkan lah gadis tu datang balik..lagipun dia bukan makwe aku pun..yang aku macam ni kenapa?’ bicara Qayyum dalam hati. Qayyum tersenyum sendiri…dia menggosok kepalanya pening dengan dirinya…kenapa dengan Qayyum.? Adakah wan muhd qayyum angau dengan Nur iman rania? Bagaimana pula dengan nia??
p/s: sila komen erk?
p/s: sila komen erk?



No comments:
Post a Comment